- shafika9
Korang Boleh Dapatkan “MyKad” Bagi Haiwan Kesayangan Dengan Harga RM35 Saja
Updated: Sep 21, 2021
Percaya atau tidak ? sekarang ini korang boleh dapatkan MyKad untuk identifikasi sebagai ID Tag pada haiwan peliharaan korang tau. Pada 28 November, syarikat tempatan Paw Life Matters memperkenalkan kad pengenalan yang pertama di Malaysia yang menyerupai kad pengenalan negara iaitu MyKad. Memang nampak samakan!
Menurut pada sumber di laman web Paw Life Matters , pelanggan juga boleh memasukkan maklumat haiwan seperti rekod vaksin, keperluan perubatan,alahan dan juga maklumat lain. Korang jangan risau harganya pun tak mahal sangat, hanya RM 35 saja setiap satu. Korang juga boleh beli tag ID ini di Shopee juga klik di sini
Untuk maklumat lanjut berkenaan produk atau pun MyKad haiwan peliharaan, sila ke laman Instagram Paw Life Matters klik di sini