• Syaziyah Md Sharif

Kopi Bukan Untuk Halau Mengantuk Je, Banyak Lagi Manfaat Tau!

Updated: Sep 20, 2021

Untuk sesetengah orang, kopi merupakan minuman kegemaran ramai ia dapat mengurangkan rasa mengantuk. Untuk saya, kopi merupakan perkara paling penting untuk memulakan hari saya. Untuk sesetengah orang pula, lagi banyak kopi diminum, lagi produktif!

Sebab tu masih ramai yang berdebat sama ada kopi ini menyihatkan atau memudaratkan.

Sebenarnya kopi banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Malah selamat untuk diminum setiap hari. Tapi kalau nak selamat, janganlah minum dengan berlebihan, nanti gemuk pulak. Nak tahu manfaat? Baca selanjutnya.

Kopi membantu membakar lemak

Kafein ada terdapat dalam beberapa produk kurus. Ini kerana menurut kajian, ia dapat meningkatkan kadar metabolisme badan sebanyak 3% ke 11%. Tapi kalau korang minum satu balang setiap hari memang tak kurus la.

Tingkatkan prestasi fizikal dan sistem saraf

Kafein juga merangsang sistem saraf dalam badan. Ia dapat meningkatkan hormon aktif dan menghantar isyarat ke sel lemak untuk membakar lemak badan dan membekalkannya kepada darah sebagai asid lemak. Sebab tu kalau nak minum kopi, minum setengah jam sebelum workout.

Meningkatkan tenaga

Kopi boleh mengelak rasa letih dan pada masa yang sama meningkatkan kadar tenaga. Ini kerana menurut kajian, kafein dalam kopi dapat memberi manfaat kepada daya ingatan, mood dan tahap tenaga anda.

Disebabkan kandungannya yang memberikan tenaga yang banyak, sebab tu ramai orang mengamalkan minuman kopi setiap pagi untuk memulakan hari mereka dengan tenaga yang banyak.

Dapat mengelakkan kerosakan tisu

Kopi juga mempunyai bahan antioksidan yang banyak, sebab tu ia memberi kesan kepada peneutralan bahan kimia yang boleh merosakkan tisu dalam badan.

0 views0 comments