Β 
  • Jonathan Shiek

Komik Lawak Kampus Bakal Diadaptasi Sebagai Siri Animasi

Siapa di sini yang lahir pada tahun 90-an dan awal tahun 2000? Sekiranya ya, maka korang semestinya mengetahui tentang komik popular iaitu Lawak Kampus yang pernah menceriakan hari-hari kita semasa di zaman sekolah dahulu.

Komik ini dibawah terbitan Gempak Starz yang memang berjaya membangkitkan kembali industri komik tempatan di Malaysia sendiri. Komik ini dihasilkan oleh kartunis Keith Chong yang sememangnya sinonim dengan dirinya bagi pembuat Lawak Kampus. Kini, difahamkan siri komik ini bakal diadaptasi sebagai siri animasi televisyen.

Difahamkan lagi, siri ikonik tersebut telah dibeli hak penerbitannya oleh studio produksi Lil Critter Workshop yang akan menghidupkan watak-watak popular seperti Vanness, Aditas, Froggy, Si Kosong dan Cikgu Noodle yang tak lama lagi bakal menemui korang di kaca TV.

Pihak produksi juga melaporkan siri animasi ini akan bertemakan sebuah persahabatan dan menjalani hidup sebagai seorang pelajar. Berita berkenaan komik ini, rata-ratanya peminat berasa gembira dengan khabar gembira ini di laman media sosial di Twitter.

LAWAK KAMPUS BAKAL JADI ANIME TV SERIES?! Kalau tanya geng2 90s 00s konfem kenal dengan watak Vanness, Aditas, Froggy, Si Kosong, Xena, Bepop & Cikgu Noodle dari Komik Gempak! Nampak gaya Lawak Kampus bakal jadi Anime TV Series! Siapa sini fans tegar Lawak Kampus? πŸ™‹β€β™‚οΈ pic.twitter.com/4aYk7aQBxx β€” #zhafvlog (@zhafvlog) January 26, 2021
Woww to see the characters come to life is the dream https://t.co/tQ3faVNbVf β€” AzwakπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ (@notpong4321) January 26, 2021
YASSSSSSSSSSSSSS MY FAV CHILDHOOD COMIC!!!!πŸ˜™ https://t.co/EGfL2Opvea β€” Zahrinnnn (@zhrnnmkhrz_) January 26, 2021

Tapi apa-apa pun, masih tiada kata putus bila siri komik ini bakal disiarkan sebagai siri animasi dan tarikh tayangan juga. Dengar je, Lawak Kampus dah buat siri animasi terus rasa gembira buat kita semua betul tak ? Kita semua berharap industri komik tempatan setaraf dengan industri komik dan animasi Jepun.

Sumber artikel asal dari VOCKET

0 views0 comments
Β 
Β