• Syaziyah Md Sharif

KL City Senyapkan 'Ngauman' JDT, Juarai Piala Malaysia Selepas 32 Tahun

Penantian 32 tahun KL City akhirnya berhasil

Kredit Foto: Berita Harian

Taktikal Bojan Hodak untuk tidak membenarkan gol awal diperolehi Johor Darul Ta’zim (JDT) nyata membuahkan hasil apabila Kuala Lumpur City (KL City) berjaya melakar kemenangan 2-0 dalam aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.


Kemenangan itu juga cukup bermakna buat skuad The City Boys yang menamatkan penantian selama 32 tahun untuk mendakap kembali piala berprestij berkenaan dan lebih manis ia dilakukan pada ulang tahun ke-100 Piala Malaysia, selain meraih tiket ke Piala AFC musim depan.


Kali terakhir Kuala Lumpur menjulang trofi tertua itu adalah pada tahun 1989 yang menyaksikan mereka melakar rekod hatrik selepas muncul juara pada 1987 dan 1988.


Kekalahan itu nyata menyentap ego juara bertahan itu yang menjadi pilihan rata-rata pemerhati dan peminat bola sepak tempatan untuk memenangi piala berkenaan.



Sumber: Utusan Malaysia

5 views0 comments