• Jonathan Shiek

KKM Memberi Bayangan Sistem Kesihatan Malaysia Bakal Lumpuh

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan lebih 8,000 kes baharu tercatat. Turut dalam Twitter ciapan yang dibuat oleh KKM di laman Twitter rasmi, seolah-olah memberi bayangan pada kita bahawa sistem kesihatan Malaysia bakal lumpuh dalam masa terdekat ini.

Sistem perkhidmatan kesihatan negara boleh lumpuh menjelang 5 Jun ini sekiranya sekatan pergerakan menyeluruh tidak dilakukan.#COVID19https://t.co/OHAQbvxANz — KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) June 3, 2021

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ini adalah pilihan terakhir kerajaan berdasarkan sistem penanda aras Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang merekodkan kes harian telah melebihi 8,000 kes sehari. Hospital telah mencapai kapasiti maksimum dengan kebarangkalian tinggi untuk lumpuh.

Ini kerana purata kes baharu berada dalam lingkungan 8,0001 sehingga 13,000 sehari. Menurut beliau, “pada Mei hujung lalu, kes tertinggi direkodkan sebanyak 9,020 kes dan itu adalah amaran untuk kita melaksanakan perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh,” katanya. Sebelum ia terlambat, sebaiknya pihak kerajaan perlu bertindak segera sekiranya tidak ingin berlaku sistem kesihatan Malaysia lumpuh sepenuhnya.

Sumber artikel asal dari Harian Metro

0 views0 comments