Jonathan Shiek
KKM Jangka Kes COVID-19 Melandai Pada Mei Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meletakkan jangkaan bagi kes COVID-19 yang mungkin akan melandai pada bulan Mei depan.
Ketua Pengarah Kesihatan,Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, pada masa kini masih terlalu awal untuk meletakkan unjuran COVID-19 dan jangkaan itu juga harus bergantung kepada tahap kepatuhan masyarakat sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kata Dr Noor Hisham “kita menjangkakan pada bulan Mei kes COVID-19 dapat dilandaikan di negara kita,” ketika sidang media KKM Rabu semalam di Putrajaya.
Pihak KKM telah memberikan gambaran awal denagn meletakkan tempoh 12 minggu bagi mengawal semula penurunan kes COVID-19 di negara ini. Walaubagaimanapun, pelaksanaan PKP bagi tempoh dua minggu ini akan diteliti dan perkara ini bergantung kepada situasi semasa COVID-19.
Sumber artikel asal Astro Awani
Kredit foto: MalaysiaKini