• Jonathan Shiek

KKM Cadang ‘PKP Bersasar’ Dilaksanakan, Bagi Sistem Penjagaan Kesihatan

Susulan kes tertinggi Covid-19 yang pernah direkodkan oleh negara pada kelmarin, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mencadangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ‘disasarkan’.

Tujuan ini untuk mengurangkan tekanan pada sistem penjagaan kesihatan yang dihadapi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada waktu ini. Menurut sumber MalaysiaKini, penjagaan kesihatan kini sedang berjuang dengan pertambahan jumlah pesakit dan sedang berada pada “tahap genting” (breaking point) sekarang.

“Ini kerana peningkatan kes harian yang secara mendadak untuk menampung bilangan pesakit di kemudahan kami, dapat meningkatkan sistem penjagaan kesihatan kita. Tetapi yang terbaik adalah bukan hanya meningkakan sistem penjagaan kesihatan kita tapi untuk mengurangkan beban,” katanya.

Sumber : MalaysiaKini

“Pemutus litar (circuit breaker) diperlukan oleh negara pada masa ini dan usul supaya kerajaan menerapkan versi ‘PKP bersasar’ bagi mengurangkan jumlah kes harian”. “Pendekatan yang lebih bersasar. Daripada melibatkan seluruh negara seperti apa yang kita lakukan untuk PKP pada 18 Mac tahun lalu”. 

Sumber : MyMetro

Bagi sekatan perjalanan diantara daerah dengan jumlah jangkitan dan kluster kian tinggi. “ Bagi negeri zon merah, tindakan lebih drastik akan diambil. Kita mungkin melaksanakan tindakan yang lebih disasarkan di negeri-negeri tersebut dengan melihat kluster-kluster di negeri itu”. “juga akan diperketakan kawalan sempadan dengan melarang orang lakukan perjalanan rentas negeri dan daerah berdasarkan perkembangan tren (kes) terbaru.” katanya.

Walaubagaimanapun, keputusan tersebut tetap menjadi hak prerogatif kerajaan, tetapi Dr Noor Hisham berkata dia yakin kerajaan akan membuat keputusan yang tepat.

Sumber artikel asal dari MalaysiaKini

#covid #covid19

1 view0 comments