• shafika9

KJ Terlanggar Lubang Semasa Berbasikal Dan Alami Kecederaan Ringan

Updated: Oct 8, 2021

Kejadian yang tak diduga pada hari semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin atau dikenali dengan nama pena beliau KJ mengalami kecederaan semasa berbasikal akibat terlanggar lubang kecil pada permukaan jalan.

KJ berkongsi beberapa keping gambar menerusi di akaun Twitter miliknya. Dalam perkongsian tersebut, KJ menunjukkan keadaan wajahnya yang mengalami beberapa kesan luka di bahagian muka.

Pothole, ditch, KJ. 2020 keeps giving. https://t.co/BjZHuo4cvP pic.twitter.com/WZJJn1q8X0 — Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) December 27, 2020

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Khairy, Raja Sharir Raja Bakar berkata Khairy hanya mengalami kecederaan kecil dan tiada implikasi serius. Katanya menerusi di ruangan Twitter miliknya, “ Terima kasih kepada rakan-rakan yang bertanya”.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang bertanya. Alhamdulillah @khairykj hanya alami kecederaan kecil dan tiada yang serius. Thank you everyone for reaching out. @khairykj is fine. A little bruised up but all is good. — R. Syahrir Bakar (@bobby_bakar) December 27, 2020

Meninjau dari ruangan balas perkongsian tersebut, ramai netizen mendoakan kesembuhan segera buat KJ. Kami juga mendoakan KJ segera sembuh dan kembali aktif semula untuk berbasikal seperti biasa.

#khairyJamaluddin

0 views0 comments