• shafika9

KJ Dituduh Guna Tangkal, “Memang Saya Guna 4 Jin”, Jawab KJ Kepada Antivaksin

Siapalah yang suka cakap bukan-bukan ni

Kredit foto: VOCKET


Banyak saja spekulasi yang tidak masuk akal dibuat oleh golongan antivaksin ini terhadap Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin serta bagi mereka yang memilih untuk menerima vaksin. Terbaharu, terdapat lagi satu dakwaan yang tular di sebuah group di Telegram yang mengatakan YB Khairy Jamaluddin bahawa beliau menggunakan empat tangkal pada tangan kiri yang mengandungi 4 jenis jin dan syaitan dalam usaha untuk melindungi diri beliau.


Kemudian, perkara tersebut berjaya menarik perhatian YB Khairy Jamaluddin di mana beliau tampil menafikan perkara tersebut menerusi platform Instagram Story beliau. Menurut dari YB KJ sendiri, beliau tidak menggunakan tangkal tapi sebaliknya hanya menggunakan 4 jenis ‘jin’ iaitu vaksin yang terdiri daripada Pfizer, AstraZeneca, Sinovac dan CanSino bagi melindungi Malaysia.

Jawapan balas beliau terhadap dakwaan daripada golongan yang menolak vaksin ini turut mendapat perhatian netizen yang terhibur dengan gaya beliau yang amat bersahaja dan penuh dengan sinis. Malah, ada netizen yang respon mengenai isu ini.



Sumber artikel asal dari VOCKET

8 views0 comments