• Syaziyah Md Sharif

Kisah Perit Wanita Dijangkiti Covid-19 Ketika Mengandung 37 Minggu

Updated: Sep 24, 2021

Perkongsian di laman Twitter @HazwaniHaniMKay memang sangat menyentuh perasaan. Pada bulan Oktober lepas, beliau disahkan terkena jangkitan Covid-19 ketika mengandung 37 minggu.

my baby is asleep, hafiq baru tidur. i just had a bottle of caramel latte. since i cant sleep i think i just wanna put and share it here. my worst nightmare. i was 37+ weeks pregnant, and tested positive for covid-19. this is my story. pic.twitter.com/apBpfIbYoG — Kween Regina ♡ (@HazwaniHaniMKay) December 14, 2020

Wanita itu berkongsi yang beliau tidak mempunyai apa-apa simptom selain selsema dan sakit badan, tetapi atas langkah berjaga-jaga beliau melakukan swab test di hospital. 

Ketika mendapat keputusan itu, beliau menyatakan yang beliau dan suaminya terkedu serta kedua ibu bapanya terus menangis

Dalam thread yang sama juga, beliau berkongsi bagaimana beliau hanya dapat mengucapkan selamat tinggal kepada suaminya dalam jarak yang jauh.

Dalam pada itu, terdapat juga ‘bawang’ di sekitar kawasan perumahannya yang menyebarkan informasi yang kurang tepat. Gambar kahwinnya juga disebarkan malah terdapat orang lalu-lalang depan rumahnya dan mengambil gambar. Kenapa ek? 

perangai orang kita. how on earth this person confidently said i was fetched from my house to sg buloh? LORD the audacity. just to clarify i don’t even know where i got this virus. ikut akal logic for a pregnant lady like me, i only travel from home to office. i didnt go anywhere pic.twitter.com/8Nj0g3rdCD — Kween Regina ♡ (@HazwaniHaniMKay) December 14, 2020

Selepas dua minggu, beliau telah pun bebas dari Covid-19 dan medaftar masuk ke hospital yang berlainan untuk melahirkan anak.

Beliau dan bayinya selamat dan sihat-sihat sahaja

0 views0 comments