• Jonathan Shiek

Kini Tanggungjawab Negara Afghanistan Di Bahu Taliban

Kalau korang mengikuti perkembangan terkini berkenaan negara Afghanistan, yang kini negara berkenaan telah ditawan oleh Taliban dan mula menakluk beberapa wilayah di situ. Warga Afghanistan yang amat takut kerana Taliban bersikap sangat agresif dalam menekan penduduk, merompak rumah hingga mengambil anak perempuan secara paksa dan janda.

Taliban mengisytiharkan peperangan di Afghanistan sudah pun berakhir dan memaklumkan pentadbiran kerajaan baharu bakal diumumkan dalam tempoh terdekat ini. Melalui jurucakap Taliban, Mohammad Naeem berkata, kumpulan itu memberi jaminan mereka dapat menyediakan keselamatan yang terbaik untuk rakyat dan misi diplomatik di negara tersebut.

Menurutnya lagi, Taliban tidak akan mengulangi kesilapan yang sama dan akan memberi jaminan perlindungan serta keselamatan pada negara ini. “Kami akan bertanggungjawab dalam setiap langkah yang diberi bagi memastikan keamanan serta kestabilan dapat dicapai dengan semua pihak”.

Manakala, seorang lagi jurucakap Taliban, Suhail Shahee berikrar tiada balas dendam terhadap mana-mana pihak yang berkhidmat dengan kerajaan Afghanistan sebelum ini. Beliau juga enggan memberi jaminan untuk membenarkan penduduk Afghanistan melarikan diri dari negara ini.

Amerika Syarikat yang mula bertindak dengan memanggil pulang keseluruhan tentera mereka yang berada di Afghanistan. Difahamkan lagi hampir 50 peratus tentera AS telah pun dihantar pulang ke negara mereka pada bulan Jun lalu. Pada Julai yang lalu, Jabatan Pertahanan AS mengumumkan bahawa 90 peratus tentera mereka telah pun dibawa pulang. Manakala yang saki baki tentera AS yang lain akan mula keluar dari Afghanistan pada akhir bulan Ogos.

Disebabkan majoriti tentera AS telah pun pulang ke negara mereka, Taliban menggunakan peluang ini untuk menduduki beberapa kawasan di Afghanistan. Pada mulanya, Taliban hanya menguasai di kawasan luar bandar dan kini mereka telah menakluk kawasan-kawasan yang penting. 

Pada 15 Ogos, Taliban telah berjaya memasuki Kabul setelah menawan 23 ibu kota sejak keluarnya AS dan tentera asing yang lain. Bagi Taliban, ini merupakan kemenangan yang ditunggu-tunggukan oleh mereka. Kejayaan menakluk Kabul telah menandakan kembalinya kumpulan itu setelah digulingkan oleh pimpinan AS pada tahun 2001.

Another day begins in Kabul, a sea of people rushing into the Kabul airport terminal. #AFG pic.twitter.com/UekpGJ2MWd — Jawad Sukhanyar (@JawadSukhanyar) August 16, 2021

Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia

0 views0 comments