• shafika9

Kimetsu No Yaiba: Infinity Train, Filem Anime yang Paling Dinantikan Tahun Depan

Updated: Sep 20, 2021

Adakah korang peminat tegar anime? Kalau ya, inilah sebuah filem yang korang patut nantikan pada awal tahun hadapan. Filem ini sebuah animasi dari negara matahari terbit dikenali sebagai Kimetsu no Yaiba atau Demon Slayer dalam Bahasa Inggeris yang pernah jadi popular pada penghujung tahun 2019 di Netflix. Cerita ini diterbitkan bawah Netflix dan Aniplex pada tahun lepas, juga mendapat sambutan hebat dari peminat anime yang tegar.


Pada 16 Oktober lalu, secara rasmi filem terbaru Kimetsu no Yaiba: Infinity Train telah dikeluarkan seluruh pawagam di Jepun dan mendapat blockbuster serta merta dari peminat anime ini. Selepas hampir 45 hari ditayangkan seluruh pawagam di Jepun dan menjadi kedua paling tinggi kutipan keuntungan menurut dari pihak Aniplex Inc. dan syarikat Toho. 


Filem ini dapat mengumpul sebanyak  ¥27.51 bilion ( anggaran dalam RM 1.073 bilion ), dan mengatasi filem Titanic yang dikeluarkan pada 1997 dimana mendapat pulangan sebanyak ¥26.2 bilion ( anggaran dalam RM 1.022 bilion ) di Jepun. Filem ini juga, sambungan dari animasi Kimetsu no Yaiba The Series yang dikeluarkan pada tahun lepas. Kalau setinggi ini, filem Kimetsu no Yaiba: Infinity Train mendapat pulangan yang Masyuk Gila! di Jepun, confirm lah cerita ini memang gempak betul tak?

sumber: AniplexUS Youtube

Untuk pengetahuan korang filem ini akan dikeluarkan secara rasmi di pawagam Malaysia pada 4 Febuari 2021 menurut GSC Cinemas. Lambat kan sebenarnya!. Pada pendapat korang, adakah korang rasa berbaloi untuk menonton filem ini di pawagam sebenarnya?. Pada pendapat saya, kalau korang betul-betul menantikan filem ini, ia sangat berbaloi sekiranya korang sanggup tunggu untuk support produksi filem terbaru dari Aniplex ini dan menonton di wayang pada tahun hadapan. 


Memandangkan peminat anime yang tegar di Malaysia tak boleh dijangkakan kadang-kadang, dan saya yakin filem ini akan menjadi Hits! pada awal tahun 2021. Tambahan pula, menurut GSC Cinema Fan screening akan dikeluarkan dua kali pada 5 Disember 2020 dan juga 23 Januari 2021. Apa lagi korang, ajak kawan-kawan korang yang meminati animasi Kimetsu no Yaiba dan menonton filem ini di pawagam berdekatan dengan korang nanti. Nantikannya taw!


Korang boleh check juga trailer Kimetsu no Yaiba : Infinity Train di sini ye.




#KimetsunoYaiba #DemonSlayer #Anime #KamadoTanjiro #Rengoku

0 views0 comments