• Jonathan Shiek

Kim Soo Hyun Tolak Peranan Tawaran Drama Thriller “Bloody Finger”

Pada 4 Januari lalu, pihak agensi Kim Soo Hyun iaitu Gold Medalist Entertainment telah mengesahkan bahawa pelakon berkenaan tak akan turut serta dalam drama terbaru dibawah terbitan Netflix dari siri original “Bloody Finger” (tajuk kerja).

“Bloody Finger” salah sebuah tawaran yang diterima dan juga telah disahkan oleh pihak agensinya sendiri pada November lalu. Kim Soo Hyun juga dilaporkan memegang watak utama, sebagai pereka dalaman terkenal dan pada masa yang sama adalah seorang pembunuh “sociopath”.

Drama ini bakal diarahkan oleh Jung Ji Woo, yang pernah mengarahkan filem “Tune in For Love”, “Heart Blackened,” dan “Eungyo”. Gold Medalist Entertainment, berkongsi lagi “kini Kim Soo Hyun sedang melihat beberapa tawaran projek seterusnya”.

Sumber artikel asal SOOMPI

#KimSoHyun #TolakTawaran

0 views0 comments