• shafika9

Kilang Di Vietnam Kini Ditutup, Nike, Under Armour Menghadapi Masalah Bekalan

Hampir satu pertiga pengeluaran barangan jenama pakaian dan kasut sukan banyak dihasilkan di Vietnam

Kredit foto: The Business of Fashion


Beberapa jenama pakaian gergasi dari Amerika Syarikat termasuk Nike dan Under Armour menghadapi masalah bekalan akibat penutupan kilang-kilang pembekalnya di Vietnam susulan gelombang kedua COVID-19. Hujung September lalu, Nike memotong prospek penjualan sepanjang tahun kerana masalah rangkaian bekalan walaupun Ketua Pegawai Operasinya berkata bahawa jenama itu masih mencatat permintaan yang tinggi.


Kira-kira tiga perempat kasut Nike banyak dihasilkan di Asia Tenggara dengan 51 peratus dihasilkan di Vietnam dan manakala 24 peratus di Indonesia. Disebabkan pemerintah Vietnam melaksanakan perintah berkurung akibat pandemik COVID-19 termasuk penutupan kilang selama beberapa minggu antara Julai hingga September lalu, Nike mengalami kehilangan produksi pembuatan selama 10 minggu.


Malah satu pertiga pengeluaran barangan jenama pakaian dan kasut sukan Under Armour dihasilkan di Vietnam. Vietnam merupakan pembekal penting bagi jenama pakaian dan kasut sukan di AS. “Ia merupakan sumber pakaian dan kasut kedua terbesar selepas China,” kata presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pakaian dan Kasut Amerika (AAFA), Steve Lamar.


Sumber artikel asal dari Kosmo!


10 views0 comments