• shafika9

KFC Memperkenalkan Konsol + Cip Intel Dan Mampu Memanaskan Ayam Goreng Sekali !

Updated: Oct 4, 2021

Baru-baru ini, KFC telah memperkenalkan sebuah konsol gaming iaitu jenama KFC Gaming. Percaya atau tak? KFC membuat sesuatu diluar jangkaan kita weh!.  

The console wars are 𝒐𝒗𝒆𝒓. Introducing the KFConsole. #PowerYourHunger pic.twitter.com/k7AM6g61Ip — KFC Gaming (@kfcgaming) December 22, 2020

KFC Gaming ini telah pun bekerjasama dengan Cooler Master bagi untuk menghasilkan KFC konsol ini. Dalam alat ini terdapat beberapa ciri-ciri yang menarik seperti Intel Nuc 9 minicomputer dan juga slot GPU desktop yang boleh tukar. Cool Gila!

See it for yourself. Find out more about the new #KFConsole @CoolerMaster: https://t.co/omZWuIhBG8 pic.twitter.com/6n5panSJIs — KFC Gaming (@kfcgaming) December 22, 2020

Bukan setakat itu saja, konsol ini mampu menyokong VR, ray tracing seperti PS5 dan Xbox terbaharu. Serta beberapa sokongan lain seperti 240fps dan outuput 240Hz untuk paparan 4K. Ini alat memasak ke? Alat TV Gaming ni? Terasa gempak betul KFC boleh buat macam ini.

Seperti kita tahu, konsol ini sebenarnya untuk memanaskan ayam bagi mengekalkan kehangatan ayam sambil bermain game. Kena percaya weh! Panaskan ayam kat dalam konsol gaming!

Confirm, mesti ada diantara korang tertanya-tanya berapalah harga sebuah konsol ini? Buat masa sekarang KFC tak mengeluarkan apa-apa kenyataan maklumat mengenai jualan konsol ini. 

Jadi, bagaimana pendapat korang tentang KFC konsol terbaru ini? Hebatkan teknologi dari KFC ini! Berikan pendapat korang di ruangan komen dibawah ya.

#gaming #kfckonsol

0 views0 comments