• shafika9

Ketua Yakuza Beri Amaran Kepada Mahkamah Hakim Kerana Dihukum Mati

Updated: Sep 17, 2021

Kata ketua yakuza ‘Anda akan menyesal’ kepada mahkamah hakim

Kredit foto: The Japan Story


Kejadian di Fukouka, Jepun apabila seorang ketua kongsi gelap Jepun yang terkenal, dijatuhkan hukuman mati oleh hakim mahkamah tempatan pada hari Selasa atas tuduhan menyebabkan kematian tiga orang awam. Setelah dijatuhkan hukuman mati, ketua Yakuza itu telah memberi amaran bahawa hakim tersebut akan menyesal seumur hidup dengan hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya.


Satoru Nomura, 74 tahun merupakan ketua Yakuza “Kudo-Kai” di barat daya Jepun, telah menafikan kepada Mahkamah Daerah Fukouka di atas tuduhan bahawa dia yang mengeluarkan arahan untuk serangan membunuh tiga orang awam. Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman mati kepada Nomura walaupun kekurangan beberapa bukti secara langsung yang mengaitkan dia dengan jenayah tersebut.


“Saya meminta keputusan yang adil. Anda akan menyesal seumur hidup,” kata Nomura kepada hakim setelah hukuman dijatuhkan. Dia didapati bersalah kerana memberi arahan untuk membunuh seorang ketua koperasi nelayan pada tahun 1998. Nomura juga tertuduh atas kesalahan membunuh jururawat pada tahun 2013 serta 2014. Manakala, pada tahun 2012 hampir membunuh seorang pegawai polis yang menyiasat kegiatan haram Kudo-Kai. Pendakwa memberitahu mahkamah bahawa beliau berpendapat bahawa Nomura mempunyai kuasa mutlak dan pengaruh yang kuat terhadap kumpulan tersebut.


Sumber artikel asal dari VOCKET


0 views0 comments