• shafika9

Ketua Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir Seru Pengikutnya Untuk Bertaubat

Akhirnya ketua ajaran sesat itu mengakui kesilapan dirinya itu

Kredit foto: Sinar Plus


Ketua ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) Sittah Annur, 39 tahun telah membuat pengisytiharan taubatnya (Istitabah) pada hari semalam dan turut meminta pengikutnya untuk sama-sama bertaubat serta kembali semula ke ajaran yang benar Islam.


Masitah, 39 tahun melakukan pengisytiharaan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berkata bahawa pengakuan taubat itu dibuat dengan rela hati dan tanpa paksaan mana-mana pihak. “Saya bertaubat kembali ke pangkal jalan dan akan mengamalkan ajaran Islam berdasarkan sumber pengetahuan dan ilmu yang benar.


“Saya menyeru kepada semua pihak atau mana-mana individu yang mendengar, mengikuti, mempercayai tentang mimpi saya agar segera menghentikan apa-apa bentuk kepercayaan atau keyakinan yang terbina berdasarkan kenyataan saya dan kembali kepada ISlam yang sebenar,” katanya


Selesai pengisytiharaan tersebut Masitah menandatangani dokumen pengisytiharan taubat. Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor berkata pihaknya terus memantau Masitah dan sekiranya beliau melakukan perkara bertentangan ajaran islam, tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan ke atasnya.


Pada sebelum ini, Masitah pernah bercerita di media sosial mendakwa kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah dan memimpin pasukannya mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh. Malah, mendakwa dirinya mempunyai keistimewaan dan berupaya membuat ramalan berkaitan apa-apa yang berlaku pada masa depan.


Sumber artikel asal dari HarakahDaily


10 views0 comments