• Jonathan Shiek

Ketam Dijadikan ‘Catwalk’ Mengundang Kemarahan Orang Ramai Di Singapura

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila di negara Singapura dimana satu trends terbaharu muncul apabila pemilik restoran makanan laut, House of Seafood mengadakan sesi ‘catwalk’ bersama ketam hidup.

Keadaan tersebut telah dirakam oleh beberapa pengunjung taman awam di Pungol bersama beberapa lagi individu dipercayai ahli keluargannya dengan mengikat ketam hidup dengan tali. Seolah-olah, mereka membawa haiwan peliharaan untuk bersiar-siar di taman sedangkan ketam bukanlah haiwan peliharaan.

Persatuan Penyelidikan dan Pendidikan Kembimbangan Haiwan Singapura (ACRES) tampil dengan kenyataan bahawa pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Ng berkenaan isu ini.

Terdapat segelintir komen di ruangan media sosial, netizen kurang senang dengan cara kelakuan pemilik restoran melakukan perkara sedemikian. Netizen merasakan ketam bukanlah haiwan peliharaan yang boleh dibawa siar-siar kerana ia adalah haiwan untuk dimakan dan sepatutnya menghormati pada makanan tersebut bukan cara menyeksa.

Sumber artikel asal dari Kosmo! , SAYS

0 views0 comments