• Jonathan Shiek

Kes COVID-19 Sudah Mencecah 300,000 Di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan sebanyak 2,437 kes baharu yang dicatatkan pada semalam sehingga jan 12 tengah hari Ahad. Menurut, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata “ini telah menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 sebanyak 300,572 kes di negara Malaysia”.

Walaubagaimanapun, dari itu terdapat kes sembuh yang meningkat sebanyak 3,251 telah direkodkan dengan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 273,417 kes setakat ini. Manakala, kes kematian yang telah dicatatkan semalam sebanyak 9 kes dan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian ialah sebanyak 1,130. 

Sumber artikel asal dari Astro Awani

0 views0 comments