• Jonathan Shiek

Kes Covid-19 Naik Mendadak, Anugerah Grammy 2021 Terpaksa Ditangguhkan

Anugerah Grammy merupakan anugerah yang ditunggu-tunggu oleh setiap pengkarya dan pencinta muzik.

Biasanya diadakan setiap awal tahun, Anugerah Grammy yang bakal berlangsung di Los Angeles itu terpaksa ditangguhkan untuk tahun ini.

Menurut laporan portal Rolling Stone, majlis anugerah itu juga dijangka akan dianjurkan tanpa kehadiran penonton di mana hanya penyampai serta artis undangan sahaja dibenarkan hadir.

Malah, pemenang juga akan diberikan trofi anugerah secara terkawal.

Anugerah tahun ini menyaksikan pelbagai pencalonan daripada bintang ternama antaranya Beyonce, Taylor Swift, Billie Eilish, Dua Lipa, Post Malone, dan Doja Cat.

Malah, bintang K-pop BTS juga dicalonkan dalam kategori Pop Duo / Kumpulan Terbaik.

Sumber: Astro AWANI

1 view0 comments