• Jonathan Shiek

Kes COVID-19 Di India Mencatatkan 314,000 Kes Harian

Kenaikkan kes jangkitan COVID-19 di India semakin di tahap merbahaya dan tak terkawal. Baru- baru ini, India mencatat 1,341 jumlah kematian sehari dan dengan kadar jangkitan yang dicatat 234,000 dalam harian.

Perdana Menteri Narendra Modi berkata negara itu, sedang ‘bertempur dalam peperangan besar bagi melawan penularan virus COVID-19. Kini, tahap kesihatan di India di paras kritikal memandangkan jumlah katil dan bekalan perubatan tak mencukupi.

Menurut Kementerian Kesihatan India, angka kematian meningkat 2,104 sepanjang 24 jam yang lepas dan menjadikan jumlah keseluruhan korban mencecah 184,657 pada Khamis. Mahkamah Tinggi New Delhi mengarahkan kerajaan menyalurkan bekalan oksigen dari industri ke hospital bagi tujuan menyelamatkan nyawa.

Sumber artikel asal dari Kosmo! 

1 view0 comments