• Syaziyah Md Sharif

Kes Buli MRSM, 10 Pelajar Dibuang Sekolah Serta-Merta

Mangsa dibuli kerana menegur rakan menonton video lucah

Seramai 10 orang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang dikenal pasti terlibat dalam kejadian buli pada 10 Disember lalu telah ditamatkan pengajian mereka.


Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Azhar Abdul Manaf berkata, pihak Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) menerusi satu mesyuarat yang diadakan telah mengambil keputusan tersebut selepas mengkaji kes berkenaan dengan teliti.


“Pihak MARA mengambil serius kejadian buli yang berlaku minggu lalu itu dan hukuman yang telah diputuskan ini menunjukkan pihak kita tegas dan tidak berkompromi terhadap kesalahan buli dalam kalangan pelajar di bawah mana-mana Institusi Pendidikan MARA (IPMA) mahupun tajaan MARA.


“Ibu bapa pelajar yang terlibat juga telah dimaklumkan mengenai keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.


Jelas beliau, keputusan penamatan pengajian itu dibuat berdasarkan garis panduan yang telah dinyatakan dalam Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar MRSM.



Sumber: Kosmo!



11 views0 comments