• Jonathan Shiek

Kerusi Berteknologi Tinggi, Tapi Rupa-Rupanya Nak ‘Spy’ Staf! Apa?

Teknologi pada masa sekarang bukan lah seperti dulu-dulu kala. Dengan zaman teknologi yang kita guna masa sekarang sudah cukup untuk ‘spy’ perbuatan, kelakuan dan aktiviti harian kita. Rasa seram pun ada kan ?

Tapi itulah yang berlaku di Hangzhou, China dimana satu insiden berlaku pada baru-baru ini. Majikan menghadiahkan semua kakitangannya dengan satu kusyen yang berteknologi tinggi. Tanpa diduga, kusyen berkenaan mempunyai sistem cip pengesanan untuk bertujuan intip staf. Serius dah rasa creepy!

Sumber: China Press

Menurut China Press ada terdapat pekerja berkongsikan hal ini di media sosial. Dia menjelaskan lagi, hubungan pekerja dengan staf di syarikat tempat dia kerja memang baik dan boss dia jenis suka dengan barang teknologi terkini, malah boss dia rajin beli produk baru di pejabat.

Jadi semasa boss dia menghadiahkan kusyen berkenaan pada November lalu. Reaksi pada pekerja masih dalam keadaan biasa lagi. Kusyen itu digelarkan ‘kusyen sihat’ yang boleh mengesan degupan jantung, pernafasan dan postur badan yang tak betul. Jadi sepanjang orang duduk diatas kusyen itu, individu itu akan menerima notifikasi daripada telefon pintar untuk memberikan isyarat.

Sumber: China Press

Sekiranya, kita duduk lama sangat atau duduk dalam postur yang salah akan diberitahu melalui aplikasi tersebut. Tapi, ia mula rasa berlainan apabila ditegur oleh pihak HR dengan beberapa pertanyaan.

Seperti “Kenapa awak tak ada dekat desk dari 10 pagi sehingga 10.30 pagi ? Jaga-jaga, nanti boss akan potong gaji awak !”

Wah! Teknologi sekarang tak boleh bawa main-main. Memang ngeri habis! Kalau ofis korang dah mula ada ‘kusyen ajaib’ ini, baik berhati-hati karang ada yang kena potong gaji.

Apa pendapat korang dengan teknologi kusyen terbaru ini ? adakah rasa bagus atau sebaliknya? Share kan pandangan korang diruangan komen dibawah ini.

Sumber artikel asal dari Lobak Merah

0 views0 comments