• shafika9

Kereta Wira Tukar Lorong Dengan Mengejut, Penunggang Motosikal Sekeluarga Terlibat Kemalangan

Lain kali jangan bagi lampu isyarat bila nak masuk saja, beri awal supaya tidak melibatkan sebarang kemalangan

Kredit foto: Nur Sajat (Twitter)


Perkara seperti ini, acap kali berlaku di negara kita dengan sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab tanpa memberikan lampu isyarat ketika menukar lorong jalan. Ini menyebabkan banyak berlaku kes kemalangan jalan raya, kerana kecuaian pemandu sendiri yang tidak peka semasa memandu dan lebih buruk lagi ia melibatkan nyawa orang lain yang melayang.


Terdapat satu rakaman dari dashcam kereta apabila sebuah keluarga yang sedang menaiki motosikal merempuh sebuah kenderaan model Mazda SUV dari arah belakang. Disebabkan itu pemandu kereta Mazda lakukan brek secara mengejut hanya kerana kecuaian sebuah kereta Proton Wira yang secara tiba-tiba menukar laluan lorong pada masa itu.

Orang ramai yang menonton video tersebut rata-rata memberikan komen tidak berpuas hati dengan tindakan melulu pemandu dari kereta Proton Wira tersebut. Pada masa yang sama juga, ramai memberi pesanan kepada penunggan motosikal serta pemandu kenderaan bertayar empat perlu mengamalkan jarak yang selamat agar tidak berlakunya kemalangan hadapan yang boleh brek secara mengejut.



Malah netizen turut memuji sikap pemandu Mazda kerana terus keluar dari kenderaan dan berlari kearah motosikal yang melanggar bahagian belakang kereta mereka. Kedua-duanya terus melihat keadaan ahli keluarga tersebut. Semoga keluarga motosikal tersebut segera pulih dari insiden tersebut.


Sumber artikel asal dari VOCKET



Malah netizen turut memuji sikap pemandu Mazda kerana terus keluar dari kenderaan dan berlari kearah motosikal yang melanggar bahagian belakang kereta mereka. Kedua-duanya terus melihat keadaan ahli keluarga tersebut. Semoga keluarga motosikal tersebut segera pulih dari insiden tersebut.


Sumber artikel asal dari VOCKET


3 views0 comments