• Jonathan Shiek

Kereta Tercampak Tapi Kanak-Kanak Berjaya Diselamatkan

Kejadian yang berlaku di Maryland, Amerika Syarikat dimana seorang pejalan kaki terjun ke dalam Teluk Maryland bagi menyelamatkan seorang kanak-kanak tercampak dalam satu kemalangan pada Ahad lalu.

Kanak-kanak tersebut tercampak daripada sebuah kereta di jambatan Route 90, Ocean City, Kata Jabatan Bomba Ocean City dalam satu kenyataan Isnin lalu. Kemalangan ini melibatkan lapan individu tercedera dalam kejadian tersebut.

Pihak berkuasa yang bergegas ke tempat kejadian telah menerima panggilan kecemasan mendapati sebuah kereta sedang tergantung dari tepi jambatan tersebut, menurut pihak polis.

Keadaan mangsa yang lain masih belum diketahui dan pihak berkuasa masih lagi menyiasat punca kemalangan. Polis belum lagi mendedahkan identiti atau umur mangsa yang terlibat.

Sumber artikel asal dari Astro Awani

0 views0 comments