• Jonathan Shiek

Kerana Tuannya Positif COVID-19, Anjing Ini ‘Merayu’ Untuk Tidak Ditinggalkan

Setia hingga hujung nyawa, itu mungkin antara perkataan yang sesuai digambarkan buat seekor anjing apabila binatang itu dilihat seakan sedih apabila tuannya disahkan positif Covid-19.

Lebih menyentuh hati, perwatakan anjing itu juga seolah-olah tidak merelakan apabila tuannya dibawa oleh petugas kesihatan untuk menaiki ambulans bagi dibawa ke hospital.

Hubungan akrab antara manusia dan binatang itu diterjemahkan menerusi satu paparan video yang tular di laman sosial TikTok hari ini selain mendapat lebih 40,000 tanda suka.

Kawan dgn binatang pun sama baik atau lebih baik drpd kwn kita yg manusia 🥺 pic.twitter.com/PoCXmCU8xQ — Anas Banas 🇲🇾 (@ans47) August 11, 2021

Manakala di Twitter pula, perkongsian oleh @/ans47 menerusi video yang sama juga mencapai hampir 16K retweets.

Menerusi video itu, anjing tersebut dilihat seakan-akan tidak merelakan tuannya pergi apabila ia berterusan berada bersama tuannya yang sedang diusung masuk ke dalam ambulans.

Anjing terbabit juga turut dilihat memanjat badan petugas perubatan seperti meminta mereka untuk tidak membawa tuannya ke tempat lain.

Rata-rata pengguna media sosial tersentuh dengan video pendek tersebut, tipu lah kalau korang pun tak touching

*lap air mata*

Sumber: Kosmo!

0 views0 comments