• Jonathan Shiek

Kerana Tidak Pandai Berbahasa Sepanyol, Pelancong Ini Maut Tertelan Kunci

Seorang pelancong Belanda menelan kunci keretanya dan tersedak mati kerana pihak berkuasa Sepanyol tidak dapat memahaminya.

Lelaki berusia 37 tahun dari Belanda itu bercuti bersama keluarganya di Barcelona dan dia didakwa pergi ke pasar raya di daerah Sarria di bandar Sepanyol, di mana dia “berada dalam keadaan yang sangat janggal serta menimbulkan pertengkaran” di kedai itu pada Khamis lalu.

Lelaki itu meminta pertolongan tetapi dia diusir keluar dari kedai kerana pekerja pasar raya tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikannya.

Sejurus itu, kakitangan di pasar raya tersebut membuat laporan kepada pasukan polis perbandaran di Barcelona

Pegawai polis terpaksa campur tangan dan menahan lelaki itu dia bagaimanapun tiba-tiba pengsan dan polis berusaha untuk menyedarkan semula lelaki itu sebelum pekerja kesihatan mengambil alih dan berjaya menegluarkan sebuah kunci dari kerongkongnya.

Perkhidmatan kecemasan berjaya menstabilkan lelaki itu dan dia dipindahkan ke hospital Sant Pau, malangnya dia meninggal sekitar jam 2.15 pagi pada hari Jumaat.

Menurut laporan, situasi itu tidak jelas kerana pihak berkuasa tidak pasti sama ada lelaki itu tidak dapat digahami atau kerana dia tidak dapat bercakap sama sekali kerana dia telah menelan kunci kereta.

Lelaki itu sedang bercuti di bandar bersama keluarganya dan mereka tinggal di tempat penginapan berhampiran pasar raya di mana tragedi itu melanda.

Sumber: Daily Star UK

0 views0 comments