• Jonathan Shiek

Kerana Tidak Mahu Belanja Pakaian, Wanita Ini Cuba Bogelkan Kekasihnya

Seorang wanita yang mengamuk kepada teman lelakinya di pusat beli belah, hanya kerana lelaki berkenaan enggan membelikan dia baju serta kasut menjadi tular dalam media sosial China. Video yang dimuat naik dalam aplikasi Tik Tok menunjukkan wanita tersebut pada mulanya bertengkar dengan kekasihnya sebelum bertukar keadaan lebih teruk.

Apa yang difahamkan di sini, pasangan kekasih itu masuk ke sebuah butik pakaian dan wanita itu meminta kekasihnya membelikan dia sepasang baju dan juga kasut. Tetapi, teman lelakinya itu terpaksa menolak kerana harga baju dan kasut itu terlalu mahal.

Disebabkan itu, keadaan menjadi tak terkawal dan mereka mula bertengkar dan wanita itu bertindak di luar kawalan dengan menarik baju lelaki itu sehingga separuh terbuka dan cuba untuk menanggalkan seluar lelaki itu.

Kemudian, lelaki berkenaan beredar dari situ dan meninggalkan teman wanitanya itu. Kejadian terbabit dipercayai berlaku di pusat beli-belah Wanda Plaza di Shijiazhuang. Boleh klik disini untuk mengetahui kejadian sebenar.

Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia

0 views0 comments