• Jonathan Shiek

Kerana Tidak Jujur, Frontliners Terpaksa Melakukan Swab Test Kali Ketiga!

Perkongsian daripada Facebook Nur Afifah yang merupakan salah seorang frontliner di sebuah Klinik Kesihatan menarik perhatian netizen apabila ceritanya mengenai keluarga pesakit yang tidak jujur itu mendatangkan kesusahan kepada staff hospital.

Terdapat seorang pesakit kecemasan yang dirawat dalam Severe Acute Respiratory Infection (SARI). Diberitahu oleh keluarga bahawa ibunya itu mempunyai masalah kencing manis (hypo) dan tidak sedarkan diri.

Rupanya, ibunya itu tidak sedarkan diri kerana mempunyai masalah pernafasan!

pic.twitter.com/1wJZVWjTFf — MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) January 26, 2021

Selepas itu, pesakit itu dikejarkan ke wad kecemasan dan rupanya beliau positive Covid-19!

pic.twitter.com/1wJZVWjTFf — MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) January 26, 2021

Atas sebab itu juga, semua staff dikenakan swab test untuk kali ketiga walaupun sebelum ini mereka baru sahaja kuarantin dirumah.

Nur Afifah juga berkata mereka yang bekerja dalam bidang kesihatan beriya ingin membantu pesakit tetapi semuanya sia-sia jika pesakit dan keluarga tidak berlaku jujur.

pic.twitter.com/XjdesgyGvU — MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) January 26, 2021

0 views0 comments