• Syaziyah Md Sharif

Kerana Tidak Divaksin, Guru Ini Diasingkan Di Stor Tukang Cuci

Guru terbabit berang dengan pengurusan sekolah

Baru-baru ini, tular sebuah video dimana seorang guru mendakwa dia diasingkan oleh pihak sekolah di sebuah bilik simpanan (stor) tukang cuci.


VIdeo berdurasi sekitar tiga minit itu menjadi tular pada aplikasi TikTok yang dimuat naik pemilik akaun bernama Asda Yanti Mh sejak semalam dan sudah mencecah 1.3 juta tontonan sehingga kini.


Dalam video tersebut, guru salah sebuah sekolah menengah di Ipoh tersebut dipercayai diasingkan pihak sekolah ekoran beliau belum menerima suntikan vaksin dan video berkenaan memaparkan pendidik tersebut meluahkan rasa kesal atas layanan yang diberi pihak sekolah terhadapnya.


Pada mulanya dia ditempatkan di stor pendidikan jasmani, namun ditukarkan ke stor tukang cuci atas alasan ia merupakan kawasan laluan serta mempunyai banyak peralatan sukan.


Katanya, bilik setor tukang cuci tersebut hanya mempunyai meja serta kipas namun tidak mempunyai kerusi serta plug untuk menggunakan komputer riba dan sebagainya.

Video tersebut juga mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang memuji pihak pengurusan sekolah kerana menjaga keselamatan serta kesihatan murid dan guru yang lain.


Ada juga yang menasihati guru berkenaan untuk menerima suntikan vaksin demi keselamatan semua serta keselesaan guru tersebut.

18 views0 comments