• Jonathan Shiek

Kerana Tidak Diberi Gaji Setimpal, Pekerja McDonald’s Berhenti Serentak

Satu rakaman TikTok menjadi tular kerana mendakwa semua kakitangan sebuah cawangan restoran makanan segera McDonald’s berhenti secara serentak.

Menerusi paparan video pemilik akaun TikTok @/zoey.isback, dia menunjukkan suasana cawangan McDonald’s yang terletak di La Mesa, California itu lengang tanpa pekerja.

@zoey.isbackWell that happened today and it was so funny 😭😂

♬ Nobody – Mitski


“Wahai pelanggan dihormati, kami semua berhenti kerja jadi restoran ditutup hari ini,” tulisnya pada video itu.

Menurut Zoey, mereka melancarkan tindakan berhenti beramai-ramai kerana pihak pengurusan tidak memenuhi permintaan kenaikan gaji.

Wanita itu mendakwa, pihak pengurusan juga tidak pernah mengendahkan masalah yang diketengahkan di tempat kerja.

Bagaimanapun, wakil pengurusan McDonald’s memberitahu, klip video yang merekodkan lebih 10.5 juta tontonan itu hanyalah salah faham semata-mata.

Berdasarkan penjelasan Zoey dalam satu video berasingan, dia menjelaskan tindakan yang memaparkan kononnya mereka berhenti beramai-ramai adalah sekadar solidariti buat dirinya yang berhenti kerja kerana tidak tahan dengan tekanan di restoran berkenaan.

Sumber: Kosmo! 

0 views0 comments