• Syaziyah Md Sharif

Kerana Terlupa 'Check-Out' MySejahtera, Wanita Ini Menjadi Kontak Kasual

Jangan lupa check-out MySejahtera ok?



Kredit Foto: twitter @wnshamimii


Seorang wanita terkejut apabila mendapati status aplikasi MySejahtera miliknya bertukar daripada biru kepada kuning selepas terlupa menggunakan fungsi pendaftaran keluar atau check-out baru-baru ini.


Wan Nur Shamimi menerusi ciapan di laman Twitter berkata, dia mendapat notifikasi yang menyatakan dirinya sebagai kontak kasual tidak bergejala berdasarkan masa dan tempat pendaftaran masuk atau check-in di premis yang pernah dimasukinya sebelum ini.




“Kalian mana yang jenis leka nak check-out lebih baik buat selepas ini. Betul-betul bagi pengajaran buat saya kali ini. Berhuhu la sampai 10 hari.


“Dia keluar begini ya. Terus tukar jadi status kuning. Walau dari kedai lain nak ke kedai lain masih kena check-out. Check-out dulu baru check-in,” kongsinya semalam.


Hantaran itu diulang kicau lebih 1,600 kali dengan ada beberapa pengguna Twitter turut berdepan masalah sama selain ada yang menyediakan panduan untuk menyelesaikan isu tersebut.


18 views0 comments