• Syaziyah Md Sharif

Kerana Selalu Curi Makanan, Kucing Ini Menjadi Obes Dan Dipaksa Untuk Diet

Pemilik 'Keith' terpaksa mengunci peti sejuk untuk mengelakkan dia mencuri makanan

Kredit Gambar: Instagram @keith_the_cat_cow

Pemilik seekor kucing terpaksa menggunakan kaedah 'agak keras' untuk memastikan haiwan peliharaannya dapat menurunkan berat badan.


Sara Matthews, 47, dari Bristol membela kucing diberi nama Keith sebagai hadiah sempena ulang tahun kelahiran ke-10 anak perempuannya.


Apa yang menyedihkan ialah dia tidak menyedari kucing itu mempunyai masalah 'mengawal' nafsu makan sehingga haiwan peliharaannya itu dikategorikan sebagai obes.


Memetik laporan Mirror UK Matthews berkata, dia terpaksa mengeluarkan belanja £2,500 (kira-kira RM14,373) untuk memasang kunci antikanak-kanak pada peti sejuk dan almari makanan, tahun lalu.


Perkara itu terpaksa dibuat kerana mahu mengelak Keith mencuri makanan yang disimpan di dalam peti sejuk dan almari.


"Pada mulanya Keith boleh memanjat peti sejuk apabila anda membukanya, dan kami bimbang kucing itu akan terperangkap, jika ia masuk (ke dalam peti sejuk) tanpa kami sedar.


"Kini saya perlu memasang lebih banyak kunci pada setiap almari yang menyimpan makanan kerana jika tidak, Keith boleh membukanya dengan apa cara sekali pun," katanya.


Menurut Matthews, Keith sudah lama obes dan dia membuat keputusan untuk tidak membiarkan kucing itu keluar dari rumah kerana bimbang haiwan peliharaannya itu akan makan tanpa kawalan.


Matthews juga mengeluarkan kira-kira £2,000 (kira-kira RM11,508) selama setahun untuk kos perubatan dan rawatan telinga serta mata Keith.


"Keith juga ada kalanya perlu makan makanan khas kerana berdepan masalah pencernaan hasil 'menikmati' makanan biasa berkalori tinggi," katanya.



Sumber: Mirror UK



22 views0 comments