• Jonathan Shiek

Kerana Melawan Cakap Ibu Bapa, Anak Ini Dihantar Ke Pulau Terpencil

Apabila ibu bapa dah mula rasa tak tahan dengan sikap anak mereka yang berdegil, maka ibu bapa mula memberi pengajaran kepada anak-anak mereka dengan pelbagai cara. Sama ada berbentuk secara mental (memarahi atau nasihat) atau fizikal (tampar atau lain-lain). 

Perkara ini sama juga berlaku kepada pasangan suami isteri ini di China yang sanggup membawa anak perempuan mereka yang baru saja berusia 13 tahun ke sebuah pulau terpencil untuk memberi pengajaran yang kerap melawan cakap mereka.

Menurut dari Oddity Central, polis di bandar Weihai berkata, pihaknya dimaklumkan oleh sekumpulan nelayan bahawa ada seorang remaja perempuan di pulau berkenaan. Menurut dari pihak polis, remaja itu ditemukan di pulau terpencil, kira-kira satu kilometer dari pantai berdekatan.

Katanya, remaja itu meminta bantuan daripada nelayan tersebut dengan mendakwa ibu bapanya untuk membawanya pulang semula ke pantai. Selepas itu, mereka menemukan remaja tersebut bersama dengan ibu bapanya. 

Menurut polis, mendapati ibu bapa membawa remaja itu ke pulau terpencil kerana mahu untuk mendidik anak mereka erti kesukaran hidup.

“Ibu bapa itu menyatakan anak perempuan mereka mempunyai tabiat yang suka melawan, mudah marah, tak mematuhi arah dan tak mahu ke sekolah. Banyak kali mereka menasihati remaja terbabit tetapi dia tetap berdegil. Mereka merasakan anaknya mensia-siakan kehidupannya. Disebabkan itu mereka terpaksa mengambil langkah drastik dengan melakukan demikian,” katanya.

Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia

0 views0 comments