• Jonathan Shiek

Kerana Ingin Memenuhi Impian ‘Si Mati’, Seorang Lelaki OKU Dibunuh

Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) diculik, dipaksa minum alkohol dan dibunuh sebelum ‘dikunci’ di dalam keranda bagi membolehkan sebuah keluarga kaya di China membakar mayatnya bagi menggantikan saudara mereka yang baru sahaja meninggal dunia.

Keluarga Huang dikatakan telah membayar 107,000 yuan (AS$16,300) untuk mayat pengganti tersebut bagi memenuhi permintaan ‘si mati’ untuk adakan upacara pengebumian secara tradisional di bandar Shanwei.

Bandar Shanwei telah mewajibkan proses membakar mayat sejak 2012 akibat tanah perkuburan yang tidak mencukupi.

Namun undang-undang itu tidak disenangi keluarga Huang dan mereka kemudian mengupah pembunuh upahan untuk mencari mayat pengganti bagi upacara pengebumian tradisional tersebut sementara mereka menaman ahli keluarga mereka secara rahsia di lokasi lain, lapor portal berita Newsweek.

Menurut dokumen mahkamah, tertuduh menculik Lin, 36, yang sedang mengumpul botol di tepi jalan untuk dijual.

Mangsa kemudian dipaksa minum alkohol sehingga pengsan dan dibunuh sebelum dimasukkan ke dalam keranda.

Tertuduh berjaya ditahan polis selepas meneliti kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan Lin diculik dan dikenakan hukuman mati mandatori selepas didapati bersalah.

Rayuan terhadap kes berkenaan turut ditolak oleh Mahkamah Guandong. Keluarga Huang diarah membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa sebanyak 70,000 yuan (AS$10,700).

0 views0 comments