• Syaziyah Md Sharif

Kerana Didera Secara Seksual, Wanita Ini Bakar Bapanya Hidup-Hidup

Dia diperlakukan sedemikian sejak usianya remaja lagi

Gambar Hiasan

Seorang wanita ditahan selepas dituduh membunuh bapanya sendiri di Sao Paulo, Brazil.

Claudia Campos Veiga, 41, yang ditahan minggu lalu mengaku kepada polis, dia membakar bapanya hidup-hidup sehingga mati sebagai balasan kepada penderaan seksual yang dialaminya.


Veiga didakwa telah membunuh bapanya, Omar, pada bulan Julai tahun ini dan hanya ditahan pada 4 September lalu.


Menurut laporan portal berita R7, Veiga mendakwa dia telah didera secara seksual oleh bapanya sejak dia remaja lagi dan sejak lima tahun lalu, Omar, 65, telah ditempatkan di sebuah pusat kebajikan untuk gelandangan.


Pada 9 Julai, Veiga telah membawa bapanya keluar bersiar ke kawasan hutan berdekatan sebelum mengikatnya pada sebuah pokok dan membakar tubuhnya, menurut polis.

Veiga kini ditahan di Penjara Wanita Colatina semasa siasatan terperinci dijalankan.



Sumber: Astro AWANI


12 views0 comments