• Syaziyah Md Sharif

Kerajaan Portugal Haramkan Majikan Hubungi Pekerja Selepas Waktu Bekerja

Ia juga termasuk menghantar pesanan ringkas

Kerajaan Portugal kini meluluskan undang-undang dimana majikan tidak boleh menghubungi pekerja di luar waktu pejabat, lebih-lebih lagi kini kebanyakan sektor bekerja kini bekerja daripada rumah.


Undang-undang baharu yang diluluskan oleh parlimen negara itu pada hari Jumaat lepas adalah respon kepada ledakan kerja di rumah akibat pandemik Covid-19, kata Parti Sosialis yang merupakan kerajaan Portugal.


Di bawah undang-undang baharu, syarikat perlu membantu membayar perbelanjaan yang ditanggung oleh kerja jauh, seperti bil elektrik dan internet yang lebih tinggi.


Majikan juga boleh berdepan hukuman kerana menghubungi pekerja di luar waktu pejabat.


Portugal adalah negara pertama di Eropah yang mengubah peraturan bekerja dari rumah akibat wabak itu dan langkah sementara yang diperkenalkan pada Januari tahun ini menjadikan bekerja dari rumah sebagai pilihan wajib, dengan beberapa pengecualian.


Majikan juga diwajibkan menyediakan alat yang diperlukan untuk menyelesaikan kerja di rumah.




Sumber: Mirror UK

9 views0 comments