• shafika9

Kerajaan Ingin Mempercepatkan Pembelian Vaksin COVID-19 Dan Menaikkan Kadar Sehingga 70%

Updated: Sep 24, 2021

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pembekal vaksin COVID-19 menyegerakan penghantaran yang dijangkakan mulai Mac tahun depan dengan bekalan ditambah sebanyak 70% penduduk daripada sasaran 30% sekarang. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Sambutan Hari Deepavali peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir di Dewan Muniady, Sangil, Tangkak.

Penambahan vaksin tersebut merupakan saranan yang dibuat daripada Kementerian Kesihatan, demi menjaga dan menjamin kesihatan rakyat. Beliau mengarahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk mengadakan rundingan dengan pihak pembekal vaksin bagi penambahan jumlah.

Sumber artikel asal dari Berita RTM

#covid #vaksin

0 views0 comments