• shafika9

Kerajaan Bersetuju Dos Ketiga Diberi Selepas Lebih 80 Peratus Dewasa Divaksin

Pemberian dos ketiga dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu

Kredit foto: Reuters


Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin COVID-19, selepas liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebihi 80 peratus. Datuk Seri ismail Sabri Yaakob berkata, keutamaan suntikan dos ‘penggalak’ itu akan diberikan kepada kumpulan berisiko tinggi terlebih dahulu.


Perdana Menteri berkata, meliputi anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun, warga dengan komorbiditi, serta individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang. “Melalui suntikan ketiga dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19 yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua,” ujarnya.


Pelaksanaan Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) dan pemberian dos ketiga vaksin COVID-19 akan diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Terdapat beberapa negara ASEAN telah mula memberikan dos ketiga vaksin COVID-19 seperti Thailand, Singapura, Indonesia.


Sumber artikel asal dari Berita Harian


9 views0 comments