• shafika9

Kerajaan Akan Buat Pengecualian Cukai Kenderaan Sehingga Jun 2021

Updated: Oct 14, 2021

Pengecualian cukai jualan untuk kereta penumpang membabitkan kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan model diimport sepenuhnya (CBU) dilanjutkan bagi tempoh enam bulan sehingga 30 Jun 2021. Langkah ini untuk memacu momentum perkembangan sektor automotif.

Kementerian Kewangan berkata, pengecualian sepenuhnya cukai jualan yang dikenakan ke atas pada kereta penumpang, juga termasuk kenderaan SUV dan MPV. Pengecualian ini akan berkuatkuasakan dari 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021.

Bagi CBU import baharu dan CBU import terpakai, pengecualian sehingga 50 peratus cukai jualan ke atas SUV dan MPV.

Pengecualian cukai ini sebahagian dari pembentangan pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) pada awal Jun lalu diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ia salah satu bagi meransang jualan kenderaan di Malaysia, sekali gus menyokong ekonomi negara.

Sumber artikel asal MyMetro

1 view0 comments