• Jonathan Shiek

Kentut Di Muka Untuk Rawat Penyakit

Pernahkah korang terfikir bahawa kentut adalah untuk rawat penyakit sebenarnya? Sejujurnya kalau ikut di benak pemikiran kita, mesti tak menjangkakan bahawa kentut ini salah satu untuk merawat penyakit bukan?. Tapi tak pula di Cape Town, Afrika Selatan apabila seorang paderi yang mendakwa bahawa kentut ini mampu merawat pelbagai jenis penyakit. Tak masuk akal pun ada juga ?.

Menurut Christ Penelope dari Bandar Siyandani, Limpopo berkata dia bukan sekadar kentut di hadapan pesakit berkenaan malah ia memberikan kesembuhan juga. “Saya sembuhkan mereka, bukan hanya kentut semata-mata,” ujar Penelope.

Walaupun kaedah ini mendapat tentangan dan bantahan dari beberapa paderi lain yang beranggapan perbuatan lelaki itu mencemarkan nama gereja berkenaan. Namun, kaedah lelaki tersebut menjadi satu luar kebiasaan buat penduduk tempatan di situ, sehingga ada yang sanggup beratur lama untuk menunggu giliran mereka.

Ada juga yang sanggup untuk menunggu dua bulan untuk berjumpa Penelope semata-semata, bagi mendapatkan rawatan kentut yang disediakan olehnya. 

Bagaimana pendapat korang dengan rawatan kentut ini? Adakah korang juga ingin mendapatkan rawatan tersebut? Sila share kan pendapat korang dibawah ini. 

Sumber artikel asal dari Kosmo!

1 view0 comments