• Jonathan Shiek

Kenapa Perlu Ada ‘Victim Blaming’? #KeluhanNetizen

Viral di laman sosial Twitter, seorang gadis diekori dan dirakam ketika membeli belah di sebuah kedai. Beliau tidak menyedari perkara itu tetapi perkara itu disedari oleh kakaknya.

Pengguna Twitter @/AinulNunanaa berkongsi screenshot rakannya yang menghadapi perkara tersebut.

Girls, please be EXTRA careful okay? Walaupun kat tempat yg ramai orang 🥺 ( ss from my friend ig story ) pic.twitter.com/qqMivF0fI9 — REBEL (@AinulNunanaa) January 13, 2021

Atas budi bicara ayah kepada mangsa, lelaki itu dilepaskan. Walaubagaimanapun, abang kepada mangsa menggunakan sedikit kekerasan bagi memulihkan keadaan.

Yang tidak puas hatinya, kenapa ada mulut-mulut jahat yang mengatakan kejadian hina itu adalah disebabkan oleh pemakaian mangsa?

Sudah jelas di dalam cerita itu, mangsa memakai pakaian yang kasual sahaja. Tetapi kenapa ada yang mengatakan seolah mangsa itu ‘meminta’?

Terbukti disini, yang salah adalah perakam yang ‘pervert’ itu. Jika rumah anda dipecah masuk adakah anda akan menyalahkan diri sendiri atau perompak itu?

Tiada isitilah ‘meminta’ ya jika sesuatu yang buruk terjadi kepada anda!

Terlalu kerap kita sebagai wanita disuruh berjaga-jaga, tetapi kenapa tidak menyuruh lelaki untuk tundukkan pandangan dan jaga nafsu mereka?

Fikirkan.

#twitter #victimblaming

0 views0 comments