• Jonathan Shiek

Kenapa Orang Malaysia Suka “Cyber Bully”? #KeluhanNetizen

Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak kes-kes atau kejadian yang berkaitan dengan pembulian siber atau ‘cyber bully’.

Baru-baru ini terdapat seorang wanita yang membuat ‘live’ di laman TikTok nya, beliau hanya berkongsi cara untuk mengenakan make up yang sesuai untuk majlis pertunangan. Tetapi terdapat mulut-mulut longkang yang mengutuk dan mengkeji wanita itu.

Kenapa? Ya, hanya kerana rupa wanita tersebut tidak mencapai ‘beauty standard’ sesetengah individu. Padahal, beliau hanya membuat ‘live’ untuk berkongsi ilmu sahaja!

Apa masalah korang ek? Tak cukup kasih sayang ke?

When someone yang tak capai beauty standard buat live, kemain beberapa manusia bg comment menyakitkan hati pic.twitter.com/NPyTAinIUB — حادينا (@Hadyna_) January 6, 2021

Perkongsian screenshot dari pengguna Twitter @Hadyna_ menunjukkan gadis yang lebih dikenali sebagai @sobahrajaa itu kelihatan mengalirkan air mata sejurus mendapat kecaman teruk daripada mereka yang menyertai ‘live’ tersebut.

Kalau rasa tak cantik, keluar je lah dari ‘live’ tu! Hish!

Tahukah anda semua, sebenarnya Malaysia menduduki tangga kedua daripada 26 buah negara untuk negara yang paling banyak melakukan ‘cyber bully’!

Impaknya kepada mangsa sangat besar ya, hingga boleh menyebabkan kemurungan melampau dan anxiety.

Cubalah belajar untuk menjadi lebih berperikemanusiaan. Dah tahun 2021 lah!

#cyberbully #Malaysia #tiktok

1 view0 comments