• Jonathan Shiek

Kenapa Jaket Keselamatan Warna Oren? Ini Penjelasan Dan Tragedi Yang Pernah Berlaku

Warna oren ialah “warna international” yang digunakan untuk alat-alat keselamatan. Sebenarnya, teori asas warna menunjukkan warna oren sebagai warna paling kontra dengan warna biru seperti air laut.

Sebelum ini, jaket keselamatan yang digunakan secara meluas berwarna putih. Termasuklah ketika tragedi kapal Titanic pada tahun 1912. Di lautan, pantulan cahaya daripada air menyebabkan warna putih sangat sukar kelihatan. Kerajaan persekutuan menyeragamkan beberapa warna pada tahun 1950-an, terutamanya untuk memberi keuntungan kepada vendor baju tentera dan menentukan warna untuk semua baju tentera dari cat kelabu laut hingga pakaian seragam khaki.

Tiba tahun 1962, warna jingga menjadi warna yang diamanahkan untuk jaket keselamatan dan peralatan penyelamat. Ini kerana malapetaka kejadian keluarga Duperrault.

Sebahagiannya dibanjiri air laut yang sejuk, Titanic’s Collapsible Boat D menghampiri RMS Carpathia pada jam 7:15 pagi 15 April 1912. (Domain Awam)


Tragedi ngeri keluarga Duperrault

Pada musim sejuk tahun 1961, Dr. Arthur Duperrault bersama isterinya Jean dan ketiga anaknya Brian, 14, Terry Jo,11, dan Renee, 7, menyewa kapal Bluebelle untuk pelayaran ulang-alik mereka dari pelabuhan Lauderdale ke Bahamas.

Kapal Bluebelle dikendalikan oleh Kapten Julian Harvey, seorang bekas tentera Amerika Syarikat ditemani isterinya, Mary.

Dalam pelayaran mereka kembali ke Florida, satu tragedi yang mengerikan terjadi apabila Kapten Harvey membunuh isteri yang baharu dikahwininya empat bulan untuk polisi insurans.

Bukan itu sahaja, keluarga Duperrault yang diperkirakan menjadi saksi perbuatannya turut dibunuh.

Terry Jo, anak kedua keluarga itu tersedar dari tidur kerana jeritan ibunya. Namun, Kapten Harvey tidak membunuhnya melainkan meninggalkan Terry Jo untuk tenggelam bersama Bluebelle.

Dengan naluri bertahan hidup yang tinggi, Terry Jo berjaya berpaut kepada sebuah sekoci kecil. Kanak-kanak perempuan itu terumbang ambing di lautan selama empat hari tanpa apa-apa kecuali baju tidur yang dipakainya pada hari kejadian.

Empat hari kemudian, Terry Jo diselamatkan oleh kapal kargo Yunani dalam keadaan yang sangat lemah.

Dalam tempoh empat hari itu, helikopter sempat berlegar-legar di kawasan Terry Jo berada namun tidak dapat mengesan keberadaannya. Kenapa?

Kerana sekoci darurat yang menampung Terry Jo berwarna putih.

Gambar Terry Jo diambil oleh kru kapal kargo Yunani, Kapten Theo https://www.cbsnews.com/news/book-em-alone-orphaned-on-the-ocean/ (fair use)


Warna oren yang digunakan pada jaket dan alat keselamatan hari ini adalah saranan daripada Kapten Theo, nakhoda kapal kargo Yunani yang menyelamatkan Terry Jo.

Sehingga kini, warna oren masih digunapakai untuk jaket keselamatan, sekoci darurat dan pelbagai alat keselamatan lain.

SUMBER: Siakap Keli & Medium

  1. USCG report on the Bluebelle Incident: Investigating Officer, Miami Report MC-1385 of February 8, 1962

  2. “Alone: Orphaned on the Ocean” by Richard Logan, PhD and Tere Duperrault Fassbennder, TitleTown Publishing, Green Bay, WI 2010

2 views0 comments