• shafika9

Kenali Watak Utama Dalam ‘Spider – Man': Miles Morales

Updated: Sep 20, 2021

Siapa yang tidak mengenali lelaki berkuasa labah – labah yang sangat digemari oleh golongan kanak-kanak. Malah bukan sahaja digemari para kanak – kanak bahkan semua peringkat golongan umur tidak kira muda mahupun tua. Karater yang dicipta oleh Stan Lee dan Steve Ditko daripada syarikat terkemuka di dunia sekarang ini iaitu Marvel.


Sekarang ini konsol permainan terkemuka iaitu Sony Playstation telah mengumumkan untuk mengeluarkan PS5 di seluruh dunia pada 12 November 2020. Manakala, di Malaysia akan dikeluarkan pada 11 Disember 2020 secara rasmi. Pihak Sony juga mengumumkan keluaran konsol permainan PS5 sekali dengan video permainan Spider-Man Miles Morale dimana para pembeli boleh dapatkan secara dalam talian atau berbentuk Blu-Ray Disc.


Spider-Man Miles Morale (2020) adalah sambungan dari Spider – Man (2018) dimana versi baru Spider – Man pada kali ini lebih pada bewajah baru dengan kelainan pada kostumnya berwarna hitam dan gabungan berwarna merah jalur. Watak utama iaitu Miles Morale dalam ‘Spider-Man Miles Morale‘ seorang remaja yang berumur 17 tahun dan berkawan dengan Peter Parker. Miles ialah anak kepada pegawai polis Jefferson Davis dimana ayahnya mati ditembak semasa menjalankan tugas dan hanya muncul pada siri Spider – Man (2018).


Miles sangat meng-idolakan Spider-Man dalam kehidupannya, dan tanpa disedari lelaki identiti bertopeng ialah Peter Parker. Miles akhirnya dapat memperolehi kekuatan seperti yang dimiliki oleh Spider – Man dan mengikut jejak langkah Peter Parker untuk menjadi wira penyelamat Bandar New York yang seterusnya.


Itulah serba sedikit mengenai watak utama bagi video permainan terbaru PS5 Spider-Man Miles Morale (2020). Sekiranya, korang menantikan permainan baru yang dikeluarkan oleh penerbit Sony Interactive Entertainment , korang harus mendapatkan PS5 terlebih dahulu untuk bermain permainan ini.


#milesmorales #playstation5 #ps5 #spiderman

0 views0 comments