• Syaziyah Md Sharif

Kenali Tips ‘Lighting’ Dalam Rumah Supaya Houseplants Korang Tak Mati

Updated: Sep 20, 2021

Trend menghias rumah semakin menjadi-jadi sejak kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu. Salah satu choice rakyat Malaysia untuk deco rumah adalah dengan menggunakan pokok hidup. Tapi sebelum memilih pokok, perkara paling penting korang kena buat ialah mempelajari jenis ‘lighting’ rumah anda.

Lighting dalam rumah anda paling penting untuk menentukan jenis pokok yang anda boleh beli. Sebelah tingkap yang disinari matahari dipanggil bright indirect light.

Kalau dalam rumah yang redup-redup dipanggil medium atau low light. Kalau tengah panas terik pula direct sunlight.

Bright indirect light

Pothos ‘Njoy’


  1. Pothos atau lebih popular dengan nama money plant. Paling sesuai adalah pothos ‘Njoy’ dengan daun bercorak hijau dan putih, macam painting pun ada. Dia paling happy di sebelah tingkap yang disinari mentari pagi.

Philodendron Birkin


2. Philodendron yang terdiri dari beribu jenis bentuk dan corak daun. Kalau nak stylo carilah Philodendron Birkin, dengan daun berjalur hijau putih. Bolehlah tayang Birkin kat kawan-kawan.

Medium to low light

1.Calathea dengan daun bercorak dan berwarna-warni. Tak perlu dah deco rumah dengan bunga. Walaupun ada jenis calathea yang sedikit sensitif dengan perubahan cuaca dan kelembapan tanah,  terbukti Calathea Musaica senang dijaga dan kelihatan sangat menarik. Ia mendapat nama dari pattern daunnya yang macam mosaic.

Snake plant ni banyak jenis.


2. Snake plant. Boleh dijadikan go to untuk deco ruang seperti bilik mandi yang selalunya tidak begitu bright. Jangan bayangkan pokok tajam-tajam warna hijau kuning belakang rumah mak anda itu. Snake plant terdapat pelbagai variety dari kecil comel sehingga boleh mencapai 1 meter tinggi. Plus point ialah kalau anda lupa siram pun gerenti dia hidup.

Keladi atau nama glamour: Caladium


Direct sunlight

  1. Caladium. Atau nama kampungnya, keladi. Daunnya bentuk heartshape tapi ada macam-macam size dan kombinasi warna. Jangan lupa untuk siram setiap hari, baru dia happy.

  2. Japanese rose. Bagi yang mahukan bunga tapi low maintenance. Terdapat pelbagai jenis warna, tidak kira pasu sewarna atau mix and match, japanese rose sentiasa meriah. The best part is, bila tangkainya dah overgrown, patahkan saja dan cucuk balik dalam tanah. Tak lama lagi kembang setaman.

#houseplantlovers #houseplants #indoorhouseplants #pokokhidup

0 views0 comments