• shafika9

Kenali Beg Tidur Metapod Pokemon Yang Dilancarkan Hanya Di Jepun

Updated: Oct 4, 2021

Adakah korang peminat setia pada karakter Pokemon? Ya, dekat sini saya nak menceritakan produk yang dikeluarkan oleh syarikat Bandai di Jepun. Produk bertemakan kepompong rama-rama dari karakter Pokemon iaitu Metapod. Kepada korang yang mungkin kurang tahu, ini adalah Metapod dalam siri animasi Pokemon.

Sumber: Bulbapedia

Beg tidur Metapod ini diperbuat dari gabungan polister dan nilon, dan dianggarkan berukuran 1.5 meter panjang dan 97 sentimeter tinggi. Pada pandangan saya, beg tidur ini kelihatan sangat selesa untuk dicuba. Ia juga ada penyediaan zip di tengah-tengah beg tidur ini juga, so korang boleh lah zip sampai keatas, seolah-olah boleh merasai dunia kepompong. Gitu!

Sumber: Hypebae

Produk ini juga, dah pun sold out dalam masa tujuh jam saja pelancaran. Kira ramai betul yang berminat dengan produk ini, laris habis!. Beg tidur Metapod hanya dijual dalam 35,000 Yen bersamaan RM 1400, dan dijual sangat-sangat terhad hanya seorang bagi satu pembeli saja. Produk ini akan dibuka pada pasaran luar mulai April 2021 nanti. 

Ini dari Facebook Japan and Extra menunjukkan produk ini dalam bentuk sangat comel dan kelakar.


Apa lagi korang, inilah masa untuk membeli produk dari keluaran Bandai. Berikan pendapat korang terhadap beg tidur Metapod ini di ruangan bawah.

#begtidur #Metapod #pokemon #sleepingbag

0 views0 comments