• shafika9

Kemunculan Gong Yoo Dalam Drama 'Squid Game', Mengejutkan Peminat K-Drama

Ada yang dah mula menonton ke drama 'Squid Game' ? 'best' ke tak ?

Kredit foto: Asian Wiki


Ada disini dah mula menonton drama baru, ‘Squid Game” dari Korea Selatan di Netflix ? Kalau korang masih lagi belum menonton cerita terbaru ini, pastikan korang kena menonton sekarang kerana drama ini mendapat ulasan positif daripada pengkritik dan penonton drama ini. Ia telah mula dikeluarkan secara rasmi pada 17 September yang lalu dan sememangnya mendapat sambutan hangat dari peminat K-drama sendiri.


Drama bertemakan misteri survival ini, mempunyai 9 episod secara keseluruhan dan dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Lee Jun Jae, Park Hae Soo dan Wi Ha Joon untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah 45.6 bilion won.


Apabila korang terus menonton episod 1 saja, disitulah permulaan karakter Gong Yoo bermula sebagai seorang jurujual dimana ia mencabar watak utama dilakonkan oleh Lee Jung Jae yang berdepan dengan masalah hutang. Jurujual (Gong Yoo) tersebut mula mengajak Seong Gi Hun (Lee Jung Jae) untuk berlawan permainan Korea yang dipanggil Ddakji, atau permainan terbalikkan kertas. Sekiranya, Gi Hun berjaya menang perlawanan tersebut, dia akan memenangi wang tunai, tapi sekiranya dia tidak berjaya, maka Gi Hun akan dikenakan tamparan sebagai ganti.

Manakala, peminat Gong Yoo di Twitter turut meluahkan rasa seronok melihat babak tamparan dalam drama tersebut. Malah, ada peminat merasakan watak cameo Gong Yoo ini amat sesuai dijadikan antagonis.




Kemunculan Gong Yoo sebagai watak cameo sahaja, dapat mencuri hati peminat K-drama terutama adegan tamparan pada watak utama sememangnya lucu dan visualnya yang agak luar biasa pada usianya kini sudah mencecah 42 tahun. Siapa lagi yang masih tidak menonton drama siri terbaru “Squid Game’, korang bolehlah mula menonton hanya di Netflix. Selamat menonton semua!.


Sumber artikel asal dari POP



12 views0 comments