• Jonathan Shiek

Kempen Hari Kolagen Kinohimitsu ‘Love Yourself, Love Your Skin’: Ingin Meningkatkan Kesedaran Masyar

Kinohimitsu Malaysia telah memulakan kempen tahunannya yang bertemakan “Love Yourself, Love Your Skin”, dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kolagen.

Kempen Hari Kolagen Kinohimitsu ini turut berkongsi kepada masyarakat tentang manfaat kesihatan dan kecantikan produk kolagen, yang terkenal di syarikat ini. Kinohimitsu juga ingin menekankan betapa pentingnya kolagen dalam kehidupan seharian anda.

Di samping itu, anda turut rasa bahagia, sihat dan lebih yakin dengan kulit anda sendiri, khususnya membantu golongan wanita melepasi standard kecantikan masa lampau, serta meningkatkan kecantikan dari dalam diri dan rasa bebas dengan keperibadian mereka sendiri.

Fakta Kolagen

  1. 70% daripada lapisan kulit adalah kolagen!

  2. Kolagen pada kulit kita akan berkurangan selepas melepasi umur 25 tahun.

  3. Wanita kehilangan kolagen 2.5 kali lebih cepat daripada lelaki.

Kesan Kekurangan Kolagen

  1. Rambut kering dan bercabang

  2. Liang roma menjadi besar

  3. Jeragat

  4. Kulit kusam dan kering

  5. Muncul garis senyuman dan kedutan

  6. Garis halus pada leher

  7. Kuku mudah pecah

  8. Payu dara dan punggung kendur

Dalam rangkaian Kinohimitsu Activ, terdapat 5 jenis : Snow Activ, Hawa Activ, Collagen Activ, White Activ, Beauty Activ. Setiap produk ada manfaat yang berbeza. Jom kita lihat!

Kinohimitsu Snow Activ

Kinohimitsu Snow Activ mengandungi formulasi pemutihan yang diperkaya dengan 7 bahan aktif untuk mencerahkan keseluruhan tubuh, termasuk bahagian hiperpigmentasi yang “degil”, seperti garis leher, garis bawah payudara, ketiak, siku, lutut dan paha dalaman. Selain memutihkan kulit secara menyeluruh, ia juga melindungi kulit daripada sinaran UV yang merbahaya untuk menghalang pembentukan melanin dan melambatkan penuaan, supaya kulit kita tampak kekal remaja! Antara kandungan produk ini yang istimewa termasuklah Sea Buckthorn, Peptida Kolagen Marin, Ekstrak Yis Torula dan Buah Blackcurrant!

Kinohimitsu Hawa Activ


Kinohimitsu Collagen Activ

Kinohimitsu Collagen Activ diformulasikan khas untuk menyuburkan kulit anda dari dalam. Produk ini menyokong ketumpatan kulit dan mendapatkan semula daya tahan kulit. Ia merangsang kolagen pada lapisan kulit untuk berseri muda, serta meningkatkan kepadatan tulang dan menyihatkan sendi.

Istimewa dalam kandungan ini? Selain Peptida Kolagen Marin, Collagen Activ ini juga mengandungi camu-camu yang kaya dengan Vitamin C – 30 kali ganda lebih daripada oren, yang dapat menyerikan wajah.

Kinohimitsu White Activ

Kinohimitsu White Activ berperisa strawberi dan dilengkapi dengan ramuan pemutihan semula jadi bagi menyerlahkan kecerahan yang kekal dari dalam. Antara kandungan produk ini yang istimewa termasuklah Ekstrak Sakura dan Buah Camu-camu, yang bertindak untuk mencerahkan tona kulit dan memberi kulit cerah dan berseri dalam masa 7 hari! Yang bestnya, produk ini juga boleh mencerahkan parut jerawat dan kesan-kesan lain!

Kinohimitsu Beauty Activ

Kinohimitsu Beauty Activ diperkaya dengan banyak buah berwarna merah yang mengandungi pelbagai antioksidan dan fitonutrien yang dapat menyuburkan kulit anda dari dalam. Ia juga mengandungi Power Red Super Foods (ubi bit merah, kranberi, astaxanthin, ekstrak delima) dan inulin yang merupakan prebiotik untuk menyokong keseimbangan flora usus dan menggalakkan kulit yang jernih dengan penampilan yang sihat.

Sempena Kinohimitsu Collagen Day, dari 2 April hingga 6 May, setiap kotak ini hanya berharga RM35.90 sahaja. Kalau anda buat pembelian minimum RM120, anda akan dapat diskaun RM20 dengan menggunakan kod promosi: *KINOLOVE*

Kalau anda nak try, boleh layari laman web https//my.kinohimitsu.com atau Instagram dan Facebook untuk pembelian dan maklumat lanjut.

0 views0 comments