• Syaziyah Md Sharif

Keluarga Tidak Dapat Hadir Majlis Konvokesyen, Pensyarah Jadi Pengganti

Pensyarah tersebut menunggu pelajarnya di luar dewan, terharunya!


Hari konvokesyen atau majlis graduasi adalah salah satu hari yang amat membanggakan buat seseorang kerana ia menjadi penanda usaha dan kejayaan akademik seseorang. Pastinya, hari bersejarah itu ingin dikongsi bersama yang tersayang.


Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok dimana seorang graduan disambut oleh pensyarahnya kerana keluarga graduan tersebut tidak dapat hadir kerana bencana banjir.

Video yang dimuat naik oleh @/anisazman_ itu menunjukkan graduan itu dipeluk erat oleh pensyarahnya, walaupun tiada keluarga di sisi, kegembiraan masih dapat dilihat dari graduan tersebut.


Setakat ini, video tersebut telah mendapat lebih 300k tontonan dan lebih 500 komen. Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada graduan tersebut malah ada juga yang menzahirkan rasa terharu.




Sumber: TikTok @anisazman_


12 views0 comments